Wednesday, 4 December 2013
PENGENALAN
Ragbi (bahasa Inggeris: Rugby) merupakan sejenis permainan bola berpasukan. Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan. Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diistiharkan menang bagi perlawan.
Ketika perlawanan bola sepak peringkat sekolah di England tahun 1823, William Webb Ellis mengambil bola dengan tangannya dan membawanya lari. Sejak itu, bermulanya perlawanan ragbi.sukan ini dicipta berdasarkan sejarah yang berlaku secara spontan.
Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubahsuai permainan ini, mempopularkan dan membuat peraturan rasmi ragbi. Ragbi mula popular tahun 1871 di sekolah-sekolah di England. Kemudian Kelab Ragbi mengumumkan peraturan rasmi permainan ragbi di London sepuluh tahun kemudian.
Tahun 1895 Liga Ragbi (The Rugby League) telah ditubuhkan dengan 13 permainan bersama dengan peraturan yang lebih profesional. Ragbi mula berkembang ke seluruh dunia dan perlawanan antara negara diadakan.Pelbagai perubahan telah diadakan. Tahun 1880 scrum telah diubahsuai scrum bermaksud perbuatan atau kaedah memulakan semula permainan selepas suatu pelanggaran apabila kedua-dua lawan pek kumpulan ke hadapan bersama-sama dengan kepala ke bawah dan saling dan tekan untuk mendapatkan tanah manakala scrumhalf melemparkan bola dan pemain tengah (hooker)cuba untuk rebut bola untuk pasukan mereka sendiri.pemain biasanya dipanggil oleh pengadil (set banyak orang) tetapi boleh dibentuk secara spontan (longgar banyak orang.
Pada tahun 1905 perlawanan antara Sarthmore dengan Pennsylvania telah mencetuskan pergaduhan. Presiden Amerika Syarikat Theodore Roosevelt telah mengubah peraturan bagi mengurangkan keganasan dalam permainan ragbi.
1906 akibat daripada perubahan pada permainan ragbi, muncullah American Football di Amerika Syarikat.
Permainan ragbi semakin melakar nama terutama di Great Britain, New Zealand, Australia dan Afrika Selatan. Bilangan kelab bertambah dari 80 kepada 1000 kelab antara tahun 1964 hingga 1980. 1975 dibentuk Kelab Bola Sepak Ragbi di Amerika Syarikat(The United States of America Rugby Football Union (USARFU). Kini permainan ragbi berkembang sehingga ke 80 buah negara di seluruh dunia.
Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia di lihat melalui mata kasar namun jika betul cara bermain pemain tidak akan tercedera. Sebaliknya, ragbi adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian seseorang malah memerlukan disiplin yang tinggi. Ragbi juga dianggap sebagai sukan atau permainan yang dianggap lelaki sejati bagi sesetengah pihak. Semasa perlawanan, seseorang yang menjadi pemain ragbi akan menganggap pasukan lawan mereka sebagai musuh ketat yang perlu di kasari tetapi setelah perlawanan berakhir, kedua-dua pasukan ini adalah sahabat yang baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment